Terdapat beberapa kelebihan khusus yang
telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa
yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa
di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi
fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”(HR Muslim 809)
Baca di sini untuk ketahui sebahagian usaha bagi melindungi diri dari fitnah Dajjal:
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia
merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang
didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara
cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah
tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah
mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang
memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH,
kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang
berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar
apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu
kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di
dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul
Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun
kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH”
tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas
beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat
yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH”
tatkala berjanji, diturunkan sekali jawaban-jawaban dari ALLAH tentang 3
persoalan tersebut.
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua
dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan
dari azab api neraka, amin…
Baca juga:
Rahasia Menyusun Strategi Forex Trading
0 comments
Berkomentarlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^